Thursday, October 25, 2018

Hidup

Geram.
Bila kau geram apa satu benda pun xkan jadi, xboleh nak buat.
Sebab kau geram kau marah.

Apa yang orang lain nak dgan kau sebenarnya.
Geram marah ni durjana, rosakkan emosi perasaan dan minda.
Sudahlah keberadaan kau utk apa sebenarnya?
Kau bermanfaat utk siapa? Siapa yg pedulikan kau?
Sering ditanya dlm diri saat marah..saat kecewa..saat geram.. Juga saat gembira yg seketika kerana menyedari selepas gelak tawa pasti ada tangis.

Dlm fikiran cuma satu, aku ingin lari. Xkisah ke mana mana tapi aku ingin lari. Penat lelah, beginilah dunia.

Tapi ketahuilah, walau x siapa pandang kau, ada Allah yg sayang engkau, ada Allah yg sentiasa tahu sentiasa kasih n penyayang. Tidak cukup lagi kah itu?

Hidup kat dunia apa lah sangat, mcm celup ibu jari jek.. Selebihnya nun di akhirat sana.

Semoga allah beri kesempatan kpd aku untuk memohon maaf drpd semua org yg aku sayang dan kenal diri ini. Selagi hayat dikandung badan. Sebelum nafas terhenti.

Aku bukan siapa2.maafkan aku kerana tidak sempurna.yang aku tahu, aku sentiasa mencari, aku mencari tuhan dan keredhaannya. Khilaf aku salah aku drpd diri aku, cuma aku berdoa saban hari, semoga allah jadikan wajahku peribadiku, apabila kalian melihatku, bersama aku, kalian mengingati allah azza wajalla.

Perjalanan ini masih panjang..smpai tiba waktu..akan mati.

Ya ilahi, engkau tahu aku lemah..mudahkanlah aku dalam kesulitan ini dan kurniakan kesabaran dan hidayahmu.amiin

No comments:

Post a Comment